Wednesday 11 January 2012

Pentaksiran,pengujian dan penilaian

PENTAKSIRAN


Konsep Pentaksiran :


  • Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
  • Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. 
  • Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-


            i. Instrumen
           ii. Kumpulan yang ditaksir
           iii. Respon
           iv. Kumpulan yang menaksir
          v. Skor
Tujuan Pentaksiran :
  • Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
  • Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
  • Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
  • Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
Ciri-ciri Pentaksiran yang baik :
n
  • Keobjektifan:- ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan  
n
  • Kebolehtadbiran:- kelicinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah 
n
  • Kemudahtafsiran:- maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskrimininasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran
n
  • Kekomprehensifan:- mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting

PENGUJIAN

Konsep Pengujian :

 Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.
 Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.
 Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas  sesuatu pengajaran
 Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan  untuk mengumpul maklumat. Ujian   
     itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.
 Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini  
    bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.

Tujuan Pengujian : 
  • Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.
  •  Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain.
  • Mengesan kesulitan-kesulitan/masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid
  • mendapatkan maklum balas

PENILAIAN

Konsep Penilaian :
  • Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
  • Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai
Jenis-jenis penilaian : 
  • penilaian formatif
  • penilaian sumatif

PERKAITAN ANTARA PENTAKSIRAN,PENGUJIAN DAN PENILAIAN


         

                            hubungkait antara pentaksiran,pengujian dan penilaian
 
          

No comments:

Post a Comment